Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA)

Latar Belakang Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA)

USIA atau Pertubuhan Islam Seluruh Sabah, didaftarkan pada 10 Oktober 1969 berikutan keputusan Kongres Masyarakat Islam yang sebulat suara telah bersetuju menubuhkan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah atau USIA (United Sabah Islamic Association) dua bulan sebelum itu. Pertubuhan ini wujud hasil gabungan Persatuan Islam Putatan, Persatuan Islam Sabah dan Persatuan Islam Tawau. Ketua Menteri Sabah pada masa itu, Tun Datu Mustapha bin Datu Harun telah dipilih menjadi Pengerusi Pertama Pertubuhan ini. USIA memainkan peranan yang amat bermakna dalam gerakan dakwah di Negeri Sabah, termasuk penubuhan MUIS pada tahun 1972. Ia juga merupakan badan gabungan PERKIM.

footer.html