Menjayakan kepentingan yang berkaitan dengan agama Islam.
Mengadakan segala kemudahan-kemudahan bagi pengajian dan pengetahuan berkenaan dengan agama Islam di kalangan semua kaum untuk mengembangkan ajaran agama yang suci itu.
Mendirikan dan menjaga urusan-urusan masjid, surau-surau, madrasah-madrasah, wakaf-wakaf, tanah-tanah perkuburan dan yang bersangkut paut dengan Islam.
Mengadakan kerjasama yang lebih rapat dengan persatuan Islam di luar Sabah dan lain-lain pertubuhan di mana-mana juga mengenai perkembangan dan kemajuan agama Islam.
Menjayakan segala daya usaha untuk menanam modal bagi apa-apa perniagaan yang akan mendatangkan hasil kepada pertubuhan sekaligus menjadi punca pembiayaan segala aktiviti serta program pertubuhan.